Sunday 25 August 2013

Tips to kota kinabalu dan kundasang- part 2

destinasi kami yang terakhir sebelum balik ke KK ialah Kinabalu Park. Kat sini adalah kaki gunung kinabalu dan juga terdapat satu stesen yang mana digunakan sebagai tempat mula/akhir kepada pendaki pendaki gunung. tempat ini dinamakan Timpohon.

kabus agak tebal




kami xdapat nak berlama- lama di Kinabalu Park sebab kami nk ke kota belud. Bapak mertua sy kirim beli parang. so, kami balik ke KK melalui Kota belud. Hujan sgt lebat smpai saya rasa taku. xtersnap gmbr sbb takut.tolong tgk keadaan jalan untuk mr driver. mmg xnmpk jalan. knderaan kami pun terpkasa la dislow kan. pegi2 sna, tamu (pasar) semalam (ahad) dan juga selasa. kami terpaksa dtg lagi esok hari untuk membeli parang yang akan di jual di tamu kota belud. buat ponet je den mai.

perut pun dh lapar, nk bwk adik n kwn makan lokan.kat semenanjung diorng xpernah mkn pun. tempat untuk makan lokan ni nm dia tuaran. daerah tuaran, dekat telipok.

kecik Rm8, sederhana RM10 , besar RM12
tapi kami ambik yang sederhana. kalau yang besar dia xbrape manis.

lokan dibakar

kelapa bakar yang x tahu bila tahun dia bakar..ehheheh
tapi nk try pnya pasal.. beli la...Rm 4 kot sbjik. lupa dh...tp xsedap pun.xyh beli.

puding ni xbest

puding ni best..hehehhe

ni ec dia..payau....uweeekkk

lokan yg dh ready utk ditelan...best sgttttt


lepas mkn, hari pun dh senja. nak masuk UMS pun xsempat, kami trus ke pasar philiphine. nk beli mutiara ape semua kat cni la. dalam pasar philiphine ni (kompleks kraftangan KK) ada sorang pak cik dr kelantan, nm dia pak lah. dia jual brg mmg murah tp agak pening kepala la pergi kedai dia sbb byk sgt brg.kita kn selongkar sndri je . kalau gelang tgn mutiara tu boleh dpt 4 atau 3 untuk RM10. lau dgn org lain, masyaallah. tp sygnye, kami smpai sn dh lmbt, sy xdecide nk masuk kmpleks kraf dlu, tp sy ajak dorang cuci2 mata kat tamu area sinsuran. 

sy xbeli ape pun cz dh boring.smua bnda ni sy dh ada. hehehhe.pkai je x. pd mulanya kami dh book bilik dekat hotel holiday (agak murah dan selesa) tp, disbbkan dr azman (abg kwn sy) ajak bermalam kat rumah dia, so, buat ape la kami buang duit utk hotel kan, kami bermalam je la kat rumah dia. sempat kami singgah di pasar basah berdekatan pasar philiphine utk beli lauk dn syur2 untk sahur mlm nanti. kami beli udang stgh kilo je, cz dh byk, Rm16 kot skilo, udang yg besar k, bukan yg kecik..sedikit syur2.

 10 Julai 2013

hari ni 1 Ramadhan. firstday puasa bg tahun 2013. kami puasa kat cni.fuh...dugaan btul. seawal jam 7pg suami sy skli lgi ke kota belud untuk mendapatkan parang idaman bapak mertua saya.hehehhe...dia pergi sorang je, smntara kami tido dan kemas2 baju. lepas je dia balik, kami trus kluar. first skali sy bwk mereka ke central point, tentulah butik matahari kalau diaorg nk beli bju. bju kat cni murah jugak, updated tp agak seksi la..hehhe..lpeas shopping kami ke jalan sinsuran skali lagi dn ke kompleks kraf. nasib sy sgt malang hari ni bila pak lah tutp kedai. cuti sempena hari pertama puasa.semalam dia bukak.eeee...knapela xdtg smlm. trus sy xde mood nk bali brg cz sy mmg xtahu kat mane dh nk beli dgn harga murah mcm tu...kedai lain smua mhl. tp bg adik dn kawan sy diaorg xtahu harga kat sni mcmana, jd diaorg beli je la..


hujan agak lebat di sini dan menyukarkan ckit la perjalanan kami. sempat juga menjamu mata dgn hidangan yang di jual skitar pasar ini.



my husband ni jenis taste tgi ckit..dia pndang yg besar2 je..mcm sy ckp sblum ni..hehehe..ni lah hasil tangkapan dia. ikan siakap bakar, sotong celup tepung.


ikan2 segar dn murah




lepas berbuka dan memborog kerongsang, kami cepat2 balik sbb flight kami jam 12 mlm. barang2 kami xpacking lagi. ni lah dr azman alias yg bg kami tumpang rumah dia..thanks doktor. hehhe...dan masa nk balik, ambik gmbr la dlu dgn tuan rumah.


barang kami yg hnya stngh.lagi stgh dh masuk kereta
bye bye KK dan jumpa lagi. lain kali dtg cni kena bawak duit byk2.

Tips to kota kinabalu dan kundasang- part 1



8 julai 2013

haritu sekali lagi saya terbang ke bumi di bawah bayu yang tercinta bersama -sama suami dan juga adik ipar serta rakan satu pejabat. tiket dah lama book, tp dekat -dekat nak terbang baru la kami perasan yang kami akan sambut ramadhan kat sana...nasib baik xsmbut raya kat sana..hahahha..truk btul sape yg buat trip ni..kihkihkih... harga tiket KL-KK RM150 return. agak murah la ni. kami pnya flight jam 6pagi, tp disebabkan ada mslh dengan aircond dlm pesawat, kami berlepas dalam jam 8 pagi..agak lewat dari jadual yg sepatutnya dan disebabkan ini jugak, bnyk jugakla rncngn kami terpaksa di ubah.
berebut nak naik cabin cz panas...panas dalam panas luar smua ada..
sesampainya kami di KKIA, kami pnya skuad la yg ambik and kami pun dah sewa kereta dgn dia. Proton saga BLM RM120 satu hari. kami trus pg kompleks singgah mata, kampung air sbb kwn sy nk jumpa abg ipar dia dlu. abg ipar dia doktor gigi kat Pusat Pergigian KK. dan doktor yang baik ini telah belanja kami makan tengahari kat area klinik dia. alhamdullillah...selamat ckit duit kami...hihihi... lepas makan kami trus ke kundasang tp sempat lagi bhnti giant kingfisher.nak beli selipar harian. pilih pnya pilih, nah..... husband sy ni mmg rmbg mata ckit dia..ape2 yang dia nak beli msi beli yg mahal..yg murah dia xnmpk dh..pdhal slipar jepun yang 2 rgt pun dh ckup dh, tp asadi bodoh ni jugak pilihan dia..ingtkan murah!!! kalau beli roti pun kenyang .hehehhe (mcm ni la kalau bini ambik akaun, finance, audit) kedekut yang amat!!!

ini je pun selipar nye..
lepas beli2 barang mkn ckit, kami trus gerak ke kundasang. dah agak lewat untuk kami sbb wktu tu dh jam 3petang.

syoknye org belakang tdo
my driver yang sgt cool dan berhemah


antara jalan menuju ke kundasang
oh ye, kepada yang xtahu jalan nk pg cni, korang boleh je guna maps. ape guna android lau xguna kan. tp xpe, ni just nk bg info. jln yng perlu korang ambik dr KK ialah, jalam UMS-KKIP-Tuaran-Tamparuli-Ranau. perlu ingt, kundasang adalah bersebelahan dengan ranau. lebih kurang tempat yang sma je la. jgn confius plak.
map ke kundasang

ingat, jumpa je tmpat yg rasa selamat dan nmpk view gunung kinabalu, cepat2 bhnti. sebab cuaca kat cni xmenentu. takut nanti bila kabus tebal, xnmpak gunung, dh rugi xsmpat nk snap gmbr byk2. mcm kami pg haritu nsibbaik kami bhnti kat cni, kalau x, mmg xde la gmbr dgn gunung kinabalu. sbb cuaca agak xmengizinkan, asyik hujan je, kabus pun tebal la..
sempatla snap 2 3 keping
perjalanan diteruskan smpai ke pekan nabalu. kat cni pling best ialah nenas. nenas dia sgt sgt manis.rugi kalau xcuba.bukan mhl pun, murah je... cuba la..
ni trademark pekan nabalu
seterusnya kami bhnti lagi depan Taman Kinabalu. Untuk pengetahuan korang yang belum pernah dtg cni, tiket untuk masuk ke Taman Kinabalu ni boleh juga digunakan untuk masuk ke Poring Hot water tetapi ada syarat dia. mastilah hari yang sama. disbbkan kami dh smpai lewat petang dh, so kami decide nak dtg esok je kat cni..tp kami bergambr dlu dekat pokok2 pine kat cni.

kalau berkabus lagi nmpk cantik
selepas bergambar, kami trus pegi check in. penat dowh.. 1 hari dh ni xmandi. mandi last smlm b4 pergi airport. kami pilih Sunny Village sebagai tempat penginapan kami.

Katil Queen size untuk 2 orang

double deck pun ada


ruang tamu yg agak luas
peti ais pun ader
rumah pekerja dan owner

anggur pun ada

xbrape masak lagi...masam giler

sekitar sunny village, ada jugak chalet2 lain

yg ni xtahu brape rate dia
lepas mandi2, rehat2 kami kluar jalan2 lagi smbil cari mkn. cuaca agak ok, ape kata kalau kita pergi resort yang paling cantik kat kundasang ni. Kinabalu Pine resort. cantik sgt2 kawasan resort ni..tp sekarang ada sikit perubahan. bg saya, dulu2 lagi cntik. sape2 yang byk duit boleh la duk kat cni..kami ni budget kecik je. hanya mampu dtg ambik gmbr je. hehehehe... tp sebelum tu, kami bhnti la jugak kat tepi2 jalan. jom snap gmbr 2 3 keping.




dh habis posing, jom pg pekan kundasang. nilah dia bulatan pekan kudasang yang dh membesar. hehhehe...dulu xde pun bulatan ni. ok la kan..dh maju...hehehhe


pekan kundasang 
perubahan pekan kundasang kini

then, kami singgah la kat kinabalu Pine resort. jumpa kawan baru.psangan ni dr australia. smpt jugak kami snap gmbr ngn dorang..nmpk real mcm duk oversea dowh...hhahhahaa






skrg ni nk bhnti beli buah tangan ckit. sape nk bali kerepek ubi madu boleh la.. nk kata sedap tu xde la sgt, tp boleh la..rasa mcm keropok. tp try la.. ada daun sawi yng di goreng dgn tepung n macam2 lagi.sayur2 kat cni plak, mmg segar2 dn murah jugak.tp bg sy, murah lagi kat KK. kat sna satu plastik boleh dpt 3 rgt je..hehhehe. smgu mkn xhbis.



satu paket straberry tu, RM10..mahal kan???? cameron lagi murah.


sekarang dh lapar. jom cari makan. kwsn kundasang ni aku pun xtahu kat mane nk makan cz spnjg dtg cni dh berkali, kami akan mkn KFC je dekat pekan ranau. tp skrang kundasang pun ada KFC. cz makan lain kami xlalu. pernah jugak kami mkn kat pekan ranau dlu, tp xleh blah la. nasik goreng ibarat goreng dgn kaki je lau bhsa kasar la, lau bhsa manis ckit, kurang kasih sayang. sgt2 xsedap dn menepati slera. tp ada stu kedai mamak kat pekan ranau tu, boleh la lau nk mkn roti canai. goreng2 lain, xyh la...xsedap. lagi satu, kat cni, you all patut cuba mkn kepak ayam, punggung ayam..sbb dia pnya rempah tu mmg best. mkn panas tau, jgn jadi mcm kami, dh sejuk beku baru nk mkn, mmg xde nikmat lah..hahahahha


kepak ayam bermadu yg best

makan panas2 lagi best

KFC jugak pilihan kami malam ini.
perut pun dh kenyang, mata pun dh ngntuk, badan pun dh penat. jom balik tidor.


9 July 2013

bangun pagi2, kami dikejutkan dengan ketiadaan belakan elektrik. aduh, masalah besar. mmg la xpanas, xpyh letrik utk kipas, tp kami perlukan elektrik untuk water heater. sejuk beb..camne nak mandi...air mcm air batu.. cepat2 kami packing utk pegi mandi kat poring, dekat ranau. Tiket masuk hnya RM3. ingtau, jgn buang tiket ni..boleh guna utk masuk Kinabalu Park plak nti.


penjaga tiket pun xde lagi, jom sarap dlu kat kedai depan ni.
kami dh beli maggi, so, mkn meggi la...


kalau ada sungai mcm ni kat belakang rumah kan best.hehehhe

kolam air panas poring
lepas dh siap mandi, kami ke war memorial di pekan kundasang. war memorial ni sebenarnya tempat utk memperingati askar2 british yang terkorban semasa berperang di tanah melayu dhulu.





ini je tmpat yng pling cntik kat cni. org dtg cni sbb nk ambik gmbr pmndgn gunung kinabalu
tapi seperti yang sy ckp kat atas tadi, cuaca kat cni xmenentu dan ikut nasib la..kalau nasib baik nmpk la gunung dgn terang dn jelas. tp wktu kami pergi ni, nasib kurang baik sbb kabus masih tebal, gunung kat belakang tu pun xnmpk. dh la..xyah lama lama kat cni, jom kita pgi mesilau plak.

jalan ke mesilau

new zealand malaysia la konon2 nye ni

lembu susu yng sgt sihat

kena panjat pagar k kalau nk masuk dlm. xtahu la slh ke x aksi kami ni..hentam je

pergi jenguk jap kat desa farm ni smbil makan aiskrim
to be continued.......









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...